kalau bukan aku yang sekarang
assalamualaikum
tengah dok belek2 journals yang berhimpun keliling meja, sempat pulak berangan-angan terfikir... kalau bukan aku yang sekarang, aku nak jadi apa???
berfikir seketika tentang persoalan ni tak bererti yang aku tak enjoy dengan apa yang aku buat sekarang. aku suka biologi. dan sangat suka biology. tapi baca buku dan journals biology bukanla hobi aku. tapi aku still enjoy memahami biologi. sebab tu aku sambung lagi belajar plant sciences. kadang2 bila aku cakap aku study plant sciences, ada yang dengar aku sebut applied sciences. adoi. so sekarang aku prefer untuk sebut botany. lagi senang kot. berbalik kepada persoalan tadi. kalau aku bukan aku yang sekarang dan bukan future scientist/ lecturer (insyaallah), aku nak jadi apa?
pertimbangan yang aku buat adalah berdasarkan something aku aku rasa aku sangat minat dan suka buat.
firstly, kalau masa tu boleh dipatah balik, aku nak jadi psychiatrist/ psychologist. kenapa? hmmm... sebab aku rasa aku sangat2 suka untuk cuba memahami tindak tanduk orang, percakapan, nada, reaksi, memek muka hah benda2 macam tu la. dan atas sebab minat aku tu baru2 ni aku beli satu buku The You Code. bila aku fikir2 balik, member2 aku pun selalu share macam2 cerita dan masalah2 dengan aku. dan secara peribadi aku suka bila orang berkongsi macam tu dengan aku. i'm enjoying being a listener. hah kalau jadi psychiatrist pulak, deal dengan orang2 mental. bagi aku sangat la interesting sebab dorang ada dunia masing2. dunia yang kita tak rasa, kita tak nampak. so aku samakan perasaan tu dengan movie2 hantu seram psiko yang aku sukaaaa tengok berbanding movie2 komedi. sebabnya, komedi tu ada dalam kehidupan seharian. tapi seram dan psiko tu adalah satu dimensi lain. so aku enjoy the feeling bila tengok movie2 genre macam tu.
| psiko dengan pokok la lepas ni. haha |
secondly, aku nak jadi chef...! hahahaha serious la. ni bukan sebab terpengaruh tengok masterchef ke apa ke. yessss...ada la sikit terpengaruh. anyway, masa tengok masterchef malaysia dulu aku memang frust jugak la dua2 peserta favourite aku zamir n amita tersingkir masa semifinal. ceh! ok dah dah. haha. aku nak jadi chef sebab aku sangat2 suka dan enjoy memasak. tambah2 lagi bila orang suka makan masakan aku. rasa hilang penat2 kat dapur tu. teringin join dunia kulinari sebab aku berminat sangat nak belajar skill2 memasak yang lain...tengok dorang hias plating lawa2... buat desserts yang best2. fuhhhh...! tapi...sampai sekarang aku geli pegang bawang. macam mana tu??
hah tu semua angan2 la. tapi aku nak pastikan satu hari nanti aku akan belajar skill2 memasak tu. paling aku suka mestila desserts sebab cantik2. kadang2 desserts kat kedai tu cantik sangat sampai sayang nak makan. hah aku nak buat macam tu satu hari nanti. nak bukak kedai pastries ke..kek ke...restaurant ke. paling tak pun, masak kat family je pun boleh laaaaaa. aku masak, bini basuh pinggan. boleh? sebab basuh pinggan adalah kebencian mutlak. hahaha.
bab psiko2 pulak. hmmm tak dapat la nak buat apa. cukup la sekadar aku dapat improve intra dan interpersonal skills aku nanti.
ok back to realiti. sila sambung baca journals chaq!
mesti bersyukur dengan apa yang ada sekarang,
chaqzulfazli.




Reply to this post
Post a Comment