satu hati yang dibahagi-bahagi

assalamualaikum.

malam ni malam sebelum aku fly balik manchester besok. sepanjang bulan disember ni, aku seakan hilang keinginan nak mencoret kat blog ni. sorry. sebolehnya aku nak habiskan masa dengan insan-insan yang punya share saham dalam hati aku.

macam bawah ni

sekadar ilustrasi. bentuk puzzle ni sama ja. sungguh tak kreatif..

5 bulan aku cuti. lama tu. punya lama sampai berat badan aku naik 8 kg. tinggi jangan tanya kalau tak mau kena luku. haha. 5 bulan cuti. dan malam ni dalam belenggu perasaan yang bercampur baur, aku terfikir. terfikir bahawa hati aku yang ada satu je ni macam dibahagi-bahagi. bahagian2 hati ni dimiliki insan2 penting dalam hidup yang dipinjam ni. kalau buat list memang berjela panjang. punya la banyak bahagian yang memenuhi hati yang sempit ni. ada jugak bahagian buat malaysia (patriotik abis!) haha. ada jugak bahagian uk (bajet mat salleh tapi pendek hidung penyek).

sangat macam2 bahagian hati. dan malam ni apa yang aku fikirkan adalah...
...
mana bahagian untuk aku?

sorry. aku masih berfikir dan belum ada jawapan nak dikongsi di sini. jom fikir sama2.

macam2 yang berlaku cuti ni. suka gelak tawa ria. tak kurang yang terkilan dan pendam rasa. ada jugak yang mencarik-carik bentuk hati ni. mungkin bila dah hilang bentuk baru orang puas hati. hitamnya hati tu.

satu perkara yang aku pasti. aku ibaratkan hati ni macam jigsaw puzzle. ada bahagian2nya. kalau 1 puzzle dah berbentuk kat hati, selamanya bentuk tu akan kekal. tak boleh muat bentuk puzzle yang lain. 

sekian.

mencari hati,
chaqzulfazli

1 comment

ikin | 21 December 2011 15:05

Salam. with Allah's will you will find yours.
:)

Mungkin aku xpaham apa yang ko rasa, but i know it is indeed an uneasy feeling. but thats life u know. It aint easy.
pape pn, I am happy for you.

Xpe, inshallah pencarian hati xlama lagi akan berakhir, dan moga pengakhiran yang bakal ditemui tu pengakhiran terindah dan terbaik that could happen to you :)