bila melayu cakap omputih

assalamualaikum!

malam ni aku nak sentuh sikit pasal bila orang melayu cakap bahasa inggeris/ mat saleh/ omputih/ english dsb. bukannya nak hentam atau perli mana2 pihak. sekadar menyuarakan pendapat. to be fair, aku nak create 2 situasi. situasi pertama bila orang melayu yang terror english vs yang kurang terror. situasi kedua bila orang melayu yang kurang terror vs yg terror. errr..apa beza ek? mcm sama je. kenyataannya, kedua-dua situasi tu adalah sangat berbeza. i know bukan semua orang seperti gambaran situasi yang aku berikan, tapi realitinya perkara ni wujud dalam masyarakat kita sekarang. dan aku nak kongsikan sesuatu yang tak ramai pun tahu kot.


zaman sekarang ni tak dinafikan bahasa inggeris (b.i) tu sangat penting untuk pendidikan dan komunikasi. kebanyakan sumber-sumber ilmu macam journal, buku dan website adalah berbahasa inggeris. yes, english is important. tapi apa yang aku nak sentuh kat sini bukannya pasal kepentingan b.i, tapi kemampuan kita untuk menguasai b.i. perlu diingatkan, setiap manusia ada kemampuan yang berbeza-beza. seseorang tu mungkin tak pandai kira-kira matematik tapi pandai repair kereta. seseorang tu mungkin jugak fasih speaking english tapi tak pandai sains. tiap dari kita ada kelebihan, ada kekurangan. so kalau boleh elak-elakkan lah 2 situasi di bawah ni:

situasi 1: 
orang melayu tak terror english dengar orang terror english speaking macam air.
 "huh, hang dengaq dak tu? dok menunjuk-nunjuk la tu. menayang dia tera sgt speaking."
"ha'ah. tau takpa. dah lupa daratan dah dia tu. bajet mat saleh sgt tapi hidung penyek, kembang macam jambu ayaq"

situasi 2
orang melayu terror english dengar orang tak terror terkial-kial speaking english.
"HAHAHAHAHAHAHA pronunciation entah apa2! teruk gilaaa!" 
sambil mengejek dan mengajuk sebutan si tak terror english
"siap ada ascent kedah lagi!! (dan mungkin jugak loghat2 bahasa lain)" 

ok. tu 2 situasi yang simple. aku malas nak buat dialog panjang. itu pun dah bunyik sangat negatif kan? kan??? tapi tu la realiti.satu pihak dengki dengan kebolehan orang lain. lagi satu pihak suka gelakkan kekurangan orang lain. 

selain dari segi kemampuan, ada faktor lain jugak. rezeki. rezeki kita berbeza-beza. yang terror gila english tu mungkin lahir kat luar negara yang english adalah first language. mungkin ada yang pernah sekolah belajar kat oversea. mungkin jugak membesar dalam latar belakang keluarga yang speaking english kat rumah. mungkin jugak dulu english dia tak terror sangat tapi mampu untuk bayar yuran tuisyen english. yang tak terror english tu mungkin sebab dia kurang berkebolehan dalam menguasai bahasa luar dengan baik, mungkin latar belakang keluarga dia sebelum tak terdedah dengan bahasa inggeris baik dari segi komunikasi, lagu2 yang didengar atau filem2 yang ditonton. lupakan seketika hal2 negatif macam malas belajar. lupakan, sebab aku nak cuba untuk mempositifkan kedua-dua situasi ni. kan manis kalau...

situasi 1:
"bagusnya dia speaking. bangga aku orang melayu boleh speaking macam tu. aku pun nak jadi macam dia jugak"
"syukur alhamdulillah dengan apa yang kita ada. tu rezeki dan kemampuan yang Allah bagi kat dia. kita pun kalau kuat usaha pun boleh kot kan?" =)

situasi 2:
"jangan gelak kat dia. kesian dia. sekurang-kurang dia usaha tau. dia ada keberanian nak cakap english"
"kalau dia rajin practice lagi, mesti lagi bagus ni"

mungkin terlalu idealistik? tapi tak mustahil. elak dari memperlekehkan kekurangan orang. bagi peluang untuk belajar. bagi peluang untuk practice english. kalau tak yakin, boleh start dengan selit sikit2 word english masa bercakap/ tulis. kalau nak guna full english tapi grammar tunggang langgang, lantak la, guna ja. manglish pun boleh. sekurang-kurangnya ada usaha dan berani mencuba. selalu yang menjadi masalahnya, orang melayu kita suka gelak. mat saleh tak gelak pun kalau dengar kita salah cakap, tolong betulkan lagi ada la.

*******

ok sebelum aku berkongsi cerita aku, aku nak cerita ringkas pasal sorang mamat yang buat aku kagum.

cerita ni masa aku final year dulu. masa tu aku kat lab. ada sorang mamat kulit hitam ni (ok ni bukan cerita racist). dia datang berkenalan dengan aku. asal dari afrika. harusla kan dia cakap english slang africa. tapi dia bukan saja bermasalah bahasa, tapi dia jugak gagap. jangan gelak. mampu bayangkan someone yang gagap dan speaking english? tu first time aku berdepan dengan situasi tu. dan...

...dan dia adalah seolah PhD student. aku kagum sangat dengan dia. walaupun mungkin komunikasi dan kemampuan english dia sedikit terbatas, tapi smua tu tak menjadi halangan untuk dia berjaya.

*******

ok. cerita aku. sejujur jujurnya, dah 3 tahun duduk uk pun sampai sekarang english aku tak ok lagi. grammar tunggang langgang. speaking? fuhhh kena buat skrip kot kalau ada presentation. ketaqnya tak payah cerita la kan. betul, ni buka auta, ni bukan propa, ni bukan nak merendah diri. memang broken english. yes, aku tak malu nak mengaku. kalau nak tahu...

masa darjah 6, upsr...english aku dapat c. teruk.

masa tingkatan 3...pmr...english aku dapat b.

masa tingkatan 4...time aku aku ada oral test. teruk kot. english teruk tapi ada mimpi nak belajaq kat oversea. lepas ja habis oral test kat bilik guru, teacher rohani cakap something kat aku. lebih kurang macam ni "you buat la macam mana pun asalkan result english you bagus dalam sijil spm. boleh speaking ka tak boleh speaking ka tu belakang kira. sebab once you dah p oversea, mau tak mau you akan boleh speaking english."

aku ingat pesanan tu. then apa aku buat? untuk english spm, aku hafal essay. hafal. hafal. ada la 2-3 essays yang aku hafal, yang aku tahu aku boleh manipulate cerita sikit2 untuk sesuaikan dengan kehendak soalan. satu essay tu aku hafal pasal kejadian kecurian di kedai runcit. hah masa spm kan ada soalan essay cereka? yang kena bercerita tu. hah kalau soalan essay tu tanya peristiwa yang menakutkan, boleh guna cerita tu. kalau essay tu tanya peristiwa happy, aku twist kat ending cerita bagi aku jadik hero dan mak aku bangga peluk aku. kalau soalan tu tanya peristiwa sedih, aku twist la cakap pembantu kedai tu mati terkorban dan dia tu sedara mara aku. hahahahaha. kalau soalan tanya pengalaman yang tak dapat dilupakan, essay tu pun ok kan??? =p 

masa trial spm, aku guna essay tu. tiba2 teacher fariza panggil. dia puji essay tu. dia tanya macam mana aku improve? aku bagitau dia yang aku hafal. buat pe nak tipu kan? haha pastu dia senyum ja. 

dan...alhamdulillah...masa spm english aku dapat a. 

dan betul kata teacher rohani dulu. once aku dah p oversea, aku akan boleh cakap. ye la, mana ada mat saleh faham cakap bahasa melayu kan? so keadaan memaksa. tapi tu la, bolehla setakat buat report grammar tunggang langgang. nasib baik ada 2 orang member aku rasyid & hasmira yang baik hati dan rajin check grammar aku. dan tu la...speaking english pun berterabur. sighh...terlalu banyak yang nak kena improve. satu lagi, aku rasa sangat sangat janggal untuk speaking english dengan orang melayu. tak boleh. aku just tak boleh. dulu kat kmb, teacher english aku, pn anita sampai satu tahap yang dia pun cakap melayu ja dengan aku. hahaha. sorry teacher. saya tak boleh. melainkan kalau ada oral test atau interview yang aku takde pilihan selain dari terpaksa speaking english. sila jangan contohi perangai ni.

ok, aku baru sedar entry ni panjangggg. entah la lastely ni entry aku panjang2 pulak aku tulis.
ok moral of the stories, jangan dengki dengan kebolehan orang lain. jangan memperlekehkan kekurangan orang lain. peluang untuk belajar sentiasa ada, cuma bergantung pada diri kita sama ada kita nak atau tak nak. yakin dengan diri sendiri. kalau kita buat kesilapan pun, sebenarnya kesilapan tu akan mengajar kita menjadi lebih baik. sebab manusia lebih cenderung untuk mengingat kesilapan, dari kelebihan. so bila kita ingat silap kita, kita tak nak perkara yang sama berulang. takde istilah terlambat untuk belajar, better late than never...kan?

peringatan untuk diri sendiri jugak
>chaqzulfazli<

4 comments

i.Z.z.A.t.I | 12 November 2011 20:42

I love this entry. samalah kita. duduk je UK tapi nak start conversation dgn mat salleh dok serabut pikir nak bina ayat dalam otak ni. Duadua kena pihak kena make effort. Yang tak reti speaking, jangan malu mencuba. Yang reti speaking, jangan perlekehkan org lain dan rajinrajin la tolong kawan yg tgh berusaha untuk improve English mereka :)

k.h.a.l.i.l.a | 13 November 2011 02:22

tak penah terfikir nak hafal essay, then manipulate cerita tu balik dlm exam. hehee... kreatif. betul tu, x perlu nak dengki mndengki dengan org lain.

bella luna | 20 November 2011 04:58

nice entry, sama macam aku,. aku pun tak terror english,tapi sebab nak dptkan result yang elok lam spm, aku hafal essay and just twist ikut soalan nak,..alhamdulillah dpt A gakz,. and bagi aku practice makes prefect, and yang terror english tu pandai2 la tlg yg tak terror improve and bukannya tlg gelakkan,. ingat masa korunk starting belajar dulu, sama je tunggang langgang nye,.

Cik Strawberry | 21 December 2011 08:18

suka sgt dgn entry ni! sgt membantu, actually tak perlu perfect sgt bila menutur dalam bahasa english..Asalkan org paham apa yg kita sampaikan but kalau dpt perfect english pun adalah satu kelebihan ;)

jum dtg singgah ;p

LATEST ENTRY : Kisah Lawak | Broken English Terlampau