Biasiswa YDP Agong


Assalamualaikum.

Dah nak habis bulan oktober dah. Cepat betul dah 3 bulan cuti berlalu. Sorry lama tak menulis kat sini. Ada beberapa perkara nak dikongsikan kat sini. Firstly, I have decided to continue my PhD in Plant Sciences. InsyaAllah January 2012 akan kembali menghirup udara Manchester... dan alhamdulillah aku dianugerahkan Biasiswa YDP Agong 2011. Allah dah bukakan jalan dan peluang untuk aku. So kali ni, aku nak share my experience 1) how to apply, 2) semasa interview, 3) majlis penganugerahan biasiswa, 4) majlis memperkenalkan calon kepada Majlis Raja-raja & santapan malam, 5) dan...how I actually feel about this matter.


Sebab apa aku gigih sangat nak cerita sampai 5 benda? Sebabnya, masa aku gigih google nak cari maklumat pasal biasiswa ni, hasil carian google adalah teramat mengecewakan. So aku harap entry ni dapat membantu sesiapa calon2 yang berminat nak apply nanti.

Ok maybe ada yang naik muak atau menyampah baca pasal benda2 ni. maybe ada jugak yang cakap aku nak menunjuk la, sombong la, riak la. Macam2. Whatever. I will explain what I truly feel at the end of this entry. Gambar2 dalam entry ni jugak eksklusif sebab aku upload 2-3 keping je kot kat fb. 

1) How to apply? Kepada sesiapa yang berminat, biasiswa ni biasanya diiklankan dalam bulan Julai. So rajin2 la check website JPA http://esilav2.jpa.gov.my/ sepanjang bulan tu. Dan harus diingat yang masa aku apply dulu, tempoh permohonan hanya dibuka selama seminggu! Tak kisah la time tu ada kat oversea atau dah balik Malaysia. Kelam kabut aku apply masa tu kat Manchester lagi! Mana sempat nak pos but luckily ada member ayah Bg Man kenal someone yang nak balik Malaysia that day dan orang tu tolong hand in kat JPA Putrajaya. Alhamdulillah. So dalam seminggu tu, awal2 kena isi borang online. Pastu print out. Kena jugak ada semua dokumen yang dah disahkan. Seingat aku, dokumen yang perlu adalah offer letter university, official academic transcript, official degree certificate, IC, surat beranak & sijil2 kokurikulum. But at that time, aku belum grad lagi. So aku mintak university buat unofficial academic transcript dulu then aku attach surat bersama permohonan untuk jelaskan yang aku akan provide official transcript & degree certificate as soon as aku grad.  Hah satu lagi, aku saja2 letak CV aku skali. I personally think that our CV would be very helpful. Then, pos. Then, sila selalu check website JPA untuk semak panggilan temuduga. Takde sape2 nak bagitau yang result temuduga dah boleh check. Tu kira inisiatif sendiri la. Aku dulu pun, lambat check!! Tak tahu pun. Then tiba2 member baik aku, Ady bagitau dah bleh check. Nasib baik la dia bagitau...sampai bila2 pun aku ingat.

*Ok ni tambahan lepas 2 minggu aku post entry ni aku check ada traffic yg sampai ke blog ni lepas search kat google 'apa kelebihan biasiswa majlis raja-raja'. Sorry aku terlupa nak tulis. Kelebihannya adalah dari segi elaun. Alhamdulillah akan dapat lebih >50% daripada biasiswa persekutuan. Lagik, biasiswa ni tak terikat dengan kontrak perkhidmatan dengan kerajaan. Lagik, pegawai2 yg menguruskan biasiswa ni alhamdulillah semuanya sporting2 belaka. Maybe sebab penerima2 biasiswa ni semuanya dah besar2 panjang. Yang specialnya mestilah dapat jumpak Agong, Sultan2 dan pemerintah2 negara*

2) Interview. Fuhhh ni part paling memenatkan. Sebabnya? Pengetahuan am aku 0! erk..sedih sangat. ada la 10% kot. So semangat la mencari isu2 semasa. Then mula la hafal nama2 Agong, nama2 menteri, nama Raja2 Melayu, nama bulan Islam. Hahaha. Last2, satu apa pun dorang tak tanya. Depends on interviewers gak kot. So better kita prepare kan just in case dorang tanya. Aku dulu interview kat Uniten Putrajaya. Sepatutnya interview tu 30 minit. Tapi aku kena 50 minit kot? Tak pun 1 jam! Lama gila. Actually macam ni, hari tu ada lebih kurang 96 candidates kot. Dorang buat 3 hari. Ada 7 bilik. Tiap2 bilik memang ada interviewers yang tahap dewa dalam certain course. Katakanlah aku apply Plant Sciences aku kena bilik 5, semua candidates bilik 5 adalah related to Biology punya course. So sila jangan menipu interviewers kalau anda tak tahu. Jawab dengan jujur. Alhamdulillah panels yg interview macam baik gle2 dan actually very funny! Ada 3 orang panels. 50 mins-sejam kat dalam tu macam tak terasa sangat. Kena bertenang dan jangan takut. Personally I didnt make it too formal. Aku jawab santai sikit so that aku tak stress. Senyum WAJIB! 

Dorang tak mintak aku perkenalkan diri pun, terus tanya pasal course aku dan apa yang aku nak sambung study. Bahagian ni pastikan korang yakin dan tahu sebab tu memang bidang korang. Hmm actually ada sorang engineer and 2 biologist yang interview aku. So aku kena cakap dalam bahasa yang mudah faham dan tak terlalu saintifik supaya engineer tu pun dapat faham. Then dorang tanya pasal macam mana our research dapat berguna kepada negara. Then dorang tanya pasal isu-isu semasa...tapi isu semasa GLOBAL!!! OMG. So korang, make sure nanti korang prepare isu2 semasa DALAM dan LUAR negara! Dan nasib baik la sehari sebelum interview tu aku ada baca kat home fb pasal riot kat UK dan kenaikan harga emas. So itulah yang aku jawab. Hahaha. Hmm jangan segan untuk bertanya panels jugak kalau korang nak pendapat dorang pasal perkara2 yang korang cakapkan. Baru nampak macam 2 ways communication right? Hah lagi satu, kalau korang ada rasa macam 'err..apa nak jawab niii..'...try olah2 sikit jawapan korang n bawak diorang bincang topik yang korang tau. Haha macam bukak topik baru la. Tapi tactic ni berjaya dikenalpasti oleh panels yg interview aku then dorang cakap 'pandai tukar topic' sambil gelak2. Tapi dorang layan jugak. Ada jugak trick dorang yg tanya pasal dah ada gf ke blom, nak ke tak kawin n stay kat oversea. Sila bagi jawapan yang korang sememangnya sayang dan setia dan akan kembali berkhidmat di Malaysia. Ni bukan kelentong but I really want to berkhidmat untuk negara. Patriotik tak? =p Thats it kot. Ooo..ok. terlupa satu benda penting. Interview dalam BM dan BI. Kalau dorang tanya BI jawab BI, kalau BM jawab BM. Campur2. Tapi aku rasa dorang macam prefer BM. Macam aku, masa explain pasal my research aku guna BI, masa berdiskusi pasal isu semasa guna BM senang sikit. Ni kira tips interview la sangat kan??? KAN??! Hahaha =p 
SO GOOD LUCK TO THOSE YANG BAKAL DIINTERVIEW!


3) Majlis Penganugerahan Biasiswa buat kat Istana Negara dan disampaikan sendiri oleh YDP Agong, Sultan Mizan. Kena pakai suit hitam/biru gelap dengan kemeja warna cerah. Sebelum majlis tu ada raptai di mana ada orang2 istana yang akan ajar protokol dan adat istiadat istana. Don't worry la. It will be fine. Just ingat step dan apa yang kena cakap dengan Agong. =) Daulat Tuanku. Masa tu baru dapat offer letter Biasiswa Agong. Lepas tu ada minum2 pagi...tu kena kontrol2 sikit. Then kami makan tengah hari secara melahapnya sebab ada kami je kat situ. 

Taklimat JPA sebelum raptai
Menunggu ketibaan YDP Agong
Dapat peluang borak2 dengan Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Abu Bakar
12 /10/11 Sesi bergambar sebelum majlis bermula
Menjunjung kasih Tuanku
Being interviewed by TV3. Malu woiiii! Masuk paper lagik... MALU.
Ni links untuk kenangan:  NSTUtusanThe StarMetroBernama.
Lunch time! Nasik dagang.
Perkarangan Istana Negara
4) Majlis memperkenalkan calon kepada Majlis Raja-raja & santapan malam. Kena pakai baju melayu hitam teluk belanga + songkok + samping berbenang emas. Wohoooo malam ni aku nervouse gila. Semua Raja2 Melayu, PM, Menteri2 & MB pun ada x_X. Serious nervous. Haha. Macam biasa ada raptai dulu jugak. Lepas tu kami sorang2 diperkenalkan di hadapan AYDP Agong, semua Raja2 Melayu, PM & Datin Seri Rosmah. Lepas majlis tu kami semua berbaris kat pintu utama dewan santapan malam, dan bersalaman dengan semua yang disenaraikan tadi. OMG. It was such a great greatttt experience!! First time aku rasa sangat2 teruja bila jumpa orang2 kenamaan. Aku tak pernah sangka aku akan berperasaan macam tu dulu. Dan aku lagik terujanya bila dapat berbicara dengan Sultan Kedah!! Daulat Tuanku. betapa aku bangga Sultan Kedah sekali lagi (kali ke2) bakal ditabalkan jadi YDP Agong 13 December ni. Haha. Lepas tu majlis santapan malam dah takde cameraman ambik gambar =(. Menu2 makanan bagi aku tip top! Aku sangat suka steak dia, tapi tak suka starter dia. Boleh? Haha. Starter ada benda pelik bentuk macam sushi tapi bukan sushi. Dia macam isi2 ketam dalam bulatan ikan salmon. Apekah? Faham ke? Hahaha. Pastu ada chicken soup, steak dan icecream/chocs. Lepas majlis tu sekali lagi berbaris bersalaman, tapi kali ni ada menteri2 sekali. Dan lepas tu semua pun balik. It's such an honour dalam salam dengan Agong 5 kali. Teringat2 lagi masa tu...

The boys
The girls
Meja santapan. Orkestra kat belakang dok main lagu2 jiwang sedeh haha
Actually aku jugak rasa sangat2 best dah berkenalan dengan member2 baru. Dalam masa 2 hari yang dipenuhi dengan masa menunggu yang lamaaaaaaa, kami bleh jadi ngam walaupun baru sekali dua jumpa. They are all great and humble. Keep in touch, insyaAllah nanti ada masa jumpa lagi =)

Special thanks to semua pegawal JPA yang banyak membantu dan bagi kerjasama yang baik sepanjang proses permohonan sampai la penganugerahan Biasiswa YDP Agong ni.


5) Aku bersyukur sangat dapat anugerah ni. Alhamdulillah sekali lagi Allah bagi aku rezeki dan peluang. Semua ni jugak dapat dengan doa dan sokongan mak ayah, famili, cikgu2, member2 aku, kawan2 fb yang selalu wish gdluck. Kalau korang memang baca blog ni sebelum ni, korang akan tahu dan faham yang mula2 dulu aku sangat2 dilema nak sambung PhD ke tak. Then aku decide untuk sambung. Mainly, untuk MAK & AYAH aku. Aku tahu aku bukannya anak mithali sangat, selalu buat dorang marah. Aku degil, aku malas. Tapi sekurangnya aku nak dorang rasa bangga dengan aku. Secondly sebab aku sorang je anak lelaki dalam famili. So nanti aku nak akak dan adik aku pun hidup senang insyaAllah kalau umur aku panjang. Thirdly, untuk masa depan aku. I mean, kerjaya. Kalau pasal berkeluarga sila jangan tanya sebab aku solo lagi dan maybe akan terus solo sebab lepas ni akan lagik busy blaja. Bersama-sama biasiswa ni jugak aku sebenarnya pikul tanggungjawab yang sangat besar. Aku bawak amanah Allah untuk cari ilmu, amanah agama untuk memartabatkan Islam, aku bawak amanah negara untuk balik berkhidmat, aku bawak amanah keluarga untuk berjaya. Berat. 

Seperkara lagi, aku sejujurnya takde niat langsung nak menunjuk-nunjuk ke ape ke. Aku tak pernah rasa pun mcm hebat ke ape ke. Aku rasa kecikkk je (And yes aku memang kecik, walaupun badan sekarang gemoq macam kena pam2). Aku tak pernah pun nak membeza-bezakan dengan kawan2 aku. Aku tersangat2 kecik hati kalau member2 yang kenal aku cakap mcm tu. Aku sendiri tak pasti dengan apa yang aku rasa, happy ke tak dengan overwhelming wishes...ucapan2 congrats yang banyak kat fb..kat hp... Jangan salah faham, aku appreciate sangat, tapi aku sebetul-betulnya takut kalau benda ni buat timbul rasa riak, bongkak, lupa diri. Astagha... Aku harap sangat2 kejayaan yang dipinjamkan sementara ni tak buat aku buta, tapi dapat digunakan untuk manfaat diri dan orang lain. Kalau korang ada nampak macam aku ni tak sedar diri ke melampau ke ape ke, sila2 la tegur ea. 

Maaf kalau ada yang terasa hati aku tak bagitau aku sambung PhD dan dapat biasiswa ni...Bukannya aku nak sorok tapi aku tak tau macam mana nak bagitau. Risau nanti dikata nak menunjuk. Dan maaf jugak bila aku serba salah dan diam atau 'ter'tipu kalau ada orang tanya aku buat apa sekarang (study apa, dah keja ke). Aku rasa sangat tak comfortable untuk cerita pasal ni. 
I just don't want to create distance. 

Ok ni mungkin entry terpanjang kot? Hahaha sorry kalau dah naik mual loya baca.
Sekarang aku tengah tunggu untuk dapat ATAS certificate, lepas tu baru boleh proceed dengan Visa. LEpas tu kena buat medical checkup (ggrr...dah 3 tahun tak kena cucuk!)...then kena pergi BTN lagik! End of November kot. 

So guys, do take care. Let's do our best in anything we do. Ikhlaskan diri, InsyaAllah.

Berangan-angan dan bermimpi-mimpi nak dapat Nobel Prize. Haha MIMPILAH!!!
>chaqzulfazli<

6 comments

mLov | 26 October 2011 20:03

tahniah chaq!! bangga dpt knl dgn org bijak ni.. huhu.. gudluck k.. :)

philsof-Najwa | 27 October 2011 04:43

tahniah:)

ANNUR | 27 October 2011 05:57

congrates chaq! betol, google pon kurg bab2 camni~

selamat mnymbung study! ;))

Fatin Syahira | 27 October 2011 15:18

congrate bro!
semoga Allah mudahkan jalan untuk tuntut ilmu =')

FiQ OnLinE | 7 January 2012 18:51

TAHNIAH CHAQ... AKU BANGGA KO ORANG UTARA DAPAT BIASISWA AGONG.. :)


http://facebook.com/muhammad.fiq
http://www.fiq-life.blogspot.com

Bulost | 17 January 2012 01:19

yo chaq. aku kat ofis ni. xleh bukak facebook. tahniah weh. aku pn tgh nak sambung masters (in ur case, phd sbb kau dah hebat sgt ni!). aku dh dpt UCL offer, tp my first degree sucks, dpt 2nd class ja. kau agak aku layak x memohon biasiswa ni. sbb aku x kesah pasal interview ke apa2. aku xnak la depa rejek aku from the beginning stage kan. need some 2cents from u bro! manchezzdaaahh!
-BULOST-