Collections

Salam guys! 

Dah lebih seminggu kita rayaaa. Tapi aku bukan nak cerita pasal raya dalam entri ni. raya sekarang dah tak best sangat dah. Rasanya raya memang untuk budak2 ja kot. Teringat zaman kecik2 dulu jalan2 kumpul duit raya dari rumah ke rumah. Sekarang ni, kat kampung pun dah tak ramai budak2 datang rumah kutip duit raya. Erkkk ok2 fine, aku bukan nak cerita pasal raya. Haha. 

Aku just nak share tentang beberapa benda yang aku suka kumpul, buat koleksi. Since aku ke Manchester 3 tahun lepas baru bermulanya minat aku kumpul benda2 ni. Keychains, fridge magnets & postcards.

Aku kumpul keychains sebagai personal collections. Dah travel banyak negara, keychains la antara souvenirs yg paling murah yang mampu dibeli. Hahaha. Actually, hobi kumpul keychains ni memang turun dari ayah aku kot. Zaman dulu2 ayah aku ada koleksi keychains yang dia gantung2 dalam kabinet. Tapi sekarang aku pun tak tau mana keychains tu. Haha. So aku menyambung hobi tu la. Thanks sangat2 kat member2 yang ingat nak bagi kat aku keychains masa dorang travel. So thoughtful! 


Fridge magnets pulak lebih kepada family collection.


Lagi satu benda yang aku suka kumpul. Poskad! Actually member aku Muhaimin yang start introduce kat aku pasal poskad dan tu la kali pertama aku send poskad kat orang. Haha. Antara tiga2 koleksi aku, aku sebenarnya paling suka poskad. Ada 3 sebab. Pertama sebab rasa sangat klasik, ada tulisan tangan member kita. Kedua, sebab aku sangat hargai efforts member2 aku hantar poskad tu. Bukan senang masa travel nak beli poskad, beli setem, cari pejabat pos. Haha. Ketiga, sebab ada setem + cop pos negara tu. Waaaa. Priceless.

Orite, tu je yang aku nak share. Tade niat nak menunjuk pun. Just nak sahre apa yang aku fikir. Dulu aku tak pernah pun ada apa koleksi. Tapi bila dah ada something macam ni aku rasa best. Korang pun try ah, ada orang suka buat koleksi kasut, ada orang suka buat koleksi robot. Macam2 kita boleh kumpul, depends on minat masing2 la. Benda2 macam ni sangat banyak sentimental value. Siap boleh diturunkan kat anak cucu lagi nanti. Ceh, gf pun xdak lagi dah fikir anak cucu. Haha.
Ok aku dah sangat gemok lepas cuti sebulan, apetah lagi selepas raya. So guys jom puasa 6! Diet sambil dapat pahala. Tak ke untung tu? =p

>chaqzulfazli<

* Thank you for reading! =) Please note that the comment link is located above the title of each entry. I will try to reply everytime I write a new entry. Stay tuned! =pPp"

3 comments

miratun madihah | 7 September 2011 07:41

dulu rajin kumpul setem sekarang dah malas.

Rtp Farra Arisha | 7 September 2011 13:38

beneficial hobby u have!! :))
arisha pun gemar collect keychains..hehe..

iKhRam | 6 October 2011 05:03

people keep waiting
people keep looking for love
i can't believe it this love you given to me...

best kot album kali nie.. hari2 dgar..!!

p/s - selalu dengar nama chaq ni kat bilik...