CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 24 November 2009

Asabiyah Konteks Moden?

Ukhwah atau asabiyah? Tidak langsung terniat untuk menimbulkan perbalahan, cuma satu persoalan asas yang bermain dalam ruang minda aku. Dalam entry 'Sumpah Aku!', kecoh benar jawapan2 isu persahabatan boys-girls, cuma itu dan hanya itu. Tiada ulasan tentang Kes 1 dalam entry itu. Dan tiada langsung pula respon kepada komen Zain tentang isu asabiyah. Kenapa ya?

Langsung aku tak nafikan betapa input yang diperoleh apabila mereka menyertai jemaah adalah ilmu dan amalan yang sangat bernilai, pada jalan Allah, yang berpaksi kepada kejayaan akhirat dan bermatlamat syurga. Sejujurnya aku sendiri satu ketika dulu pernah teruja untuk belajar agama dengan lebih dalam dan serius bila datang oversea, mengharapkan input yang bakal aku pelajari dapat menjadi bimbingan menuju hidayah Ilahi. Tapi... makin lama, gerak hati aku mengesan ada sesuatu yang mendasari pembelajaran ni. Mungkin cuma aku? Mungkin hidayah belum milik aku?

Jemaah. MSM dan Hizbi dominasi di sini, dan masih ada jemaah lain yang mula menapak. Tahniah. Tak dinafikan, aku diminta untuk tidak menyatakan nama2 di sini, atau lebih tepat untuk merahsiakan. Tidak, bagi aku, satu perjuangan pada jalan Allah itu tidak perlu dipagari dengan rasa takut andai diketahui umum. Mungkin lebih ramai penyertaannya kelak? "Kita tak tahu perancangan Allah, kita hanya merancang. Allah Maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk kita, andai itu takdirnya, kita redha." - jawapan, aku sekadar mengulang ayat standard yang terlalu sering aku dengar, seolah-olah recorder yang dimainkan berulang-ulang sehingga ada kala kurang impaknya pada pendengaran.

Sesuatu yang kesalkan, juga seperti yang dipersoalkan oleh sahabat aku. Andai jemaah A buat open house, jemaah B tak datang. Andai jemaah B mengeluarkan satu teori cara berdakwah baru, jemaah A bercakap di belakang. Jemaah A dan jemaah B tidak pula mempunyai ukhwah yang kuat, masing2 bercakap di khalayak umum atas dasar profesionalisme, supaya ianya tidak nampak terlalu jelas. Sekadar bertanya khabar mungkin? Situasi yang tak ubah seperti situasi parti2 politik di Malaysia. Aku sendiri berdepan dengan situasi ni di mana aku sendiri kadang2 bertanya pada sebelah pihak dan mendengar pendapat mereka. Situasi ni lebih kurang sama ja di UK, Ireland, New Zealand, Aussie, n Czech; cuma mungkin dominasi jemaah yang berbeza.

Dan bila asabiyah konteks moden ni dipersoalan, jawapan standard lagi.
"Matlamat yang sama, cuma cara berbeza".

Tapi bukankah masih dalam kaum yang sama? Agama yang sama?

Tanpa perpaduan, perjuangan ini takkan ke mana-mana. Aku faham bahawa peringkat mahasiswa mahasiswi adalah berteraskan satu pemikiran yang idealistik, tetapi tidak terlalu realisitik. Itu norma yang berlaku sekarang.

Seperkara lagi yang berlaku, hal ini mungkin lebih kepada budak first year yang masuk datang oversea. Masa awal2 datang, seniors dan superseniors akan tersangat2 baik dan rapat. Kebajikan sangat terjaga. Ironinya, dalam semester 1, akan ada satu masa budak2 first year akan diapproach untuk menyertai jemaah. Kepada yang enggan menyertai atau memilih kelompok lain, say goodbye kepada mereka2 yang menjaga anda dahulu. Dan di sini, apa yang membuatkan budak2 first year terhumban dalam dilema adalah disebabkan terhutang budi, sudah terlalu bergantung dan sukar menjalani hidup sendiri. Bersiap sedialah.

Sering kita dengar juga, kita menghampiri akhir zaman. Dalam usaha belajar meningkatkan ketakwaan diri, membanteras maksiat (melarang perhubungan lelaki-wanita), kita jugak tidak boleh lupa bahawa asabiyah juga adalah salah satu ciri pada zaman2 jahiliyah dulu. Hidup berkelompok, tidak/kurang bergaul dengan kelompok lain, obses dengan ideologi kelompok sendiri, dan terlalu judgmental terhadap perlakuan orang lain.

Kelompok asabiyah zaman jahiliyah zaman anbia sering menganggap kelompok lain adalah sesat, salah. Tidak pula mereka mengajak ataupun mentarbiyah kelompok lain menyertai kelompok mereka yang 'benar'.

Cuma sekarang, adakah asabiyah dalam konteks yang lebih moden berlaku? Dengan pemikiran2 manusia moden masa kini, konteks asabiyah yang berlaku mungkinlah tidak 100% seperti yang berlaku pada zaman jahilayah dulu. Lihat pada aplikasi zaman. Asabiyah itu membawa kepada perpecahan kepada beberapa golongan. Hanya di mata kasar.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu iaitu agama yang mempunyai satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepada-Ku.”(al-Mu’minun:52)

“Dan berpeganglah kamu semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (pada masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang yang bersaudara... (Ali Imran: 103)


Asabiyah konteks moden ini mungkin tidak sampai ke tahap asabiyah jahiliyah. Seperti jawapan yang diberikan oleh Rasulullah SAW:


"Dari anak perempuan Wasilah bin al-Asqa', beliau pernah mendengar ayahnya berkata: Aku pernah bertanya ya Rasulullah, apakah sebenarnya asabiyah? Jawab baginda: iaitu engkau menolong kaum bangsamu melakukan kezaliman." (HR Ibnu Majah)

Adakah perpecahan golongan itu adalah satu kezaliman? Nauzubillah, semoga kita semua dihindari dari kemurkaan Allah.

dan Rasulullah S.A.W juga bersabda:

"Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang mati kerana assabiyyah"[HR Abu Dawud]

“Barangsiapa yang tidak memperhatikan kepentingan kaum muslimin, maka ia bukanlah termasuk di antara mereka, dan barangsiapa yang tidak berada di waktu pagi dan petang selaku pemberi nasihat bagi Allah dan Rasul-Nya, bagi kitab-Nya, bagi pemimpinnya dan bagi umumnya kaum muslimin, maka bukanlah ia termasuk di antara mereka.” (HR Thabrani).

Seperti sekarang, dakwah berlaku dalam SATU cycle kelompok. Cebis2nya mungkin sampai pada kelompok biasa (normal), dan satu kelompok asing terus terabai, dan terabai. Agaknya apa jawapan yang harus diberikan andai kata satu hari nanti kelompok yang terus-terusan terabai ini mempersoalan di hari pengadilan bahawa mereka tidak pulak diajak bersama??? Sesuatu untuk difikirkan mungkin.

Bukan menuding jari menyalahkan sesiapa, sesuatu yang boleh untuk dimuhasabahkan mungkin. Aku cuma inginkan pendapat dan jawapan, walaupun tidak terlalu mengharap untuk menemukannya dari mereka.


* Menjawab persoalan komen dlm entry 'Sumpah Aku!', Alhamdulillah, persahabatan aku dengan insan Kes 2 telah kembali jernih.
* Terima kasih yang tak terhingga dari aku kepada sahabat2 yang berteruskan memberikan semangat, sokongan dan juga kritikan2 membina.
* Maaf andai aku mungkin tidak memberi respons kepada entry kali ini.

Monday, 23 November 2009

Chicken Embryo

Agungnya ciptaan Ilahi. Sebelum ni, dah macam2 eksperimen buat kat lab. Species bacteria dah entah berapa banyak keturunan dah pun guna kat lab. Antibiotik, PCR (polymerase chain reaction, dlm BM ape ek?), GFP (green fluorescent protein), cloning, protein purification, n drugs metabolism adelah antara eksperimen2 yang dah dibuat sepanjang sem 3 ni. Tapi hari ni, aku rasakan satu kelainan. Best, amazing, happy sangat! Lab hari ni pasal embryonic anatomy n physiology.

Dalam lab kali ni, kami diberi telur ayam yang baru berusia 3 hari. Telur dah ade usia ke? Ape2 la. Dan bila cengkerang atas dibuka, terus dapat lihat denyutan jantung yang sangat kecil! Denyutan jantung tu dapat dlihat oleh mata kasar kita. Macam video ni:


video
Taken from: http://www.youtube.com/watch?v=pLkW7RuI5LU


Tu dari mata kasar kita, bila chicken embryo tu dipindahkan bawah microskop... subhanallah! Dengan jelasnya nampak macam mana jantung dari telur hanya berusia 3 hari tu pam darah ke ke seluruh arteri (urat2 merah) untuk dapatkan nutrient dari telur putih. Betapa Maha Besar kuasa Allah memberikan kehidupan kepada sekecil2 embryo ni. Selain tu, kami kaji pertumbuhan somites yang akan membentuk tulang rusuk ayam. Memang mengagumkan macam mana bilangan somites tu semakin bertambah di sepanjang spinal cord (tulang belakang) yang baru terbentuk. Sorry la aku try cari video under microscope tapi tak jumpe pulak.

Tu je nak story hari ni. Eksperimen hari memberi aku satu rasa kelainan. Dan yang bestnya jugak, pukul 2 dah habis eksperimen, sepatutnya pukul 5. Hehe. =p

****************************

Baru2 ni jugak aku buat beberapa transformasi kat bilik aku. Nak bagi datang mood belajar la kononnya. Haha. Tapi aku memang suka belajar dalam leisure, tak de rasa stress. Beli pokok chomel yg bunganya tumbuh macam taugeh. Dan satu malam tu saja gedik nyalakan aromatic candle yang penpal aku bagi! Seriously, rasa macam therapy!

Love my room~!

Saturday, 21 November 2009

Frankfurt

05-07/11/2009

Naik RyanAir, sampai dalam pukul 9.30 pagi waktu Frankfurt. Lepas letak beg dan mandi2, terus keluar jalan2. Mula2 pergi tourist information, beli Frankfurt Card untuk 2 hari. Beli poskad dan setem jugak =) First day, kami tak guna Frankfurt Card lg, target nak explore Frankfurt jalan kaki je dulu. So, first day target kami nak jalan2 tengok skyscrapers, 2nd day ke old town Romer, 3rd day baru g museums.



Sebelum story pasal jalan2, story pasal makan dulu. Kat Frankfurt banyak kedai makanan halal, Pakistan dan Arab kebanyakannya. Tapi, sepanjang 3 hari kat sana, kami makan kat kedai Thai Fun je. Memang heaven! Nasi goreng seafood, nasi paprik, kuetiau, mi goreng, goreng pisang madu, sate ayam, tomyam!!! Pheeew~! Harga bleh tahan la, tapi memang puas hati sangat2.

Architecture Frankfurt sangat2 mengagumkan. Sangat2! Penuh dengan skyscrapers sana sini, nampak sangat moden dengan ciri2 futuristik. Antaranya Westhafen Tower, Commerzbank, Deutsche Bank, Eurotheum, Eurotower, Maintower, Messe Torhaus, Messetur,. Skyper, Trianon & Westend-tower. Nak posing dengan bangunan2 tu pun susah nak dapat shot best sebab tinggi sangat. Haha.



Dah hampir malam, kami ke Alte Oper (Old Opera House). Town tu sangat cantik dan romantik kot masa senja2. Dan malam tu jugak kami ke Liebfrauenkirche (Old Lady Church), Hauptwache, Borse.



2nd day, naik trem ke Romer, bandar lama yg tersangat cantik, dibina sejak 1405. Masa kami ke sana ada wedding kat situ. Hehe. Dekat Romer tu ade Romerberg, St. Nicholas Church, Schirn Kunsthalle Franfurt, Archaelogical garden, Kaiserdom. Malamnya pulak kami ke Iron Bridge, saja nak tengok skyview, jalan2 jauh gile sampai dah nak terkeluar peta Frankfurt. Haha. Tapi best la. Panorama yang mengasyikkan.




3rd day, museums. Disebabkan kami takde la fanatik dengan museum, kami pilih2 jugak museum yg nampak mcm best nak masuk. So museums yg terpilih adelah Historical Museum Frankfurt, Museum of Modern Art, German Architecture Museum, & Archaeological Museum. Archaelogical Museum memang best, rating 4 stars. Kat situ memang tengok barang2 arkeologi dari zaman Paleolitik manusia tak bertamadun sampaila ke zaman2 bertamadun. Historical Musuem standard biasa2 je, pasal sejarah Frankfurt of course. Museum of Modern Art? OMG. Tak tau ape2, aku rasa macam sangat tak seni. Bknnya ada lukisan2 cantik untuk dihayati pun. Tersgt la moden. Haha. Kena tengok sendiri baru tahu perasaan 'tak tahu' aku pasal seni. Tapi, 5 stars untuk German Architecture Museum. Memang terbaik. The best museum yang aku pernah masuk kot. Amazing. Museum ni ada plan2 asal perancangan bandar Frankfurt, ada replika2, dan cerita pembinaan semula terutama bandar Romer yang memang hancur masa World War II. Sebelum balik, kami sempat singgah kat Botanical Garden, relax2 lepak kat situ lepas seharian masuk museums. Hehe.



So, aku rasa Frankfurt takdela seboring yang dikhabarkan kat aku sebelum ni. Aku enjoy, aku happy! Pada aku, kita boleh buat sesuatu tu jadi sangat enjoy dan best kalau kita nak.  =) It was a very memorable experience.

*Gambar gelap2 skit sebab cuaca sangat gloomy, hujan2 skit.

Friday, 20 November 2009

London 2nd Visit

04/11/2009

Dalam cuti reading week. Tapi tak baca buku, keluar berfoya-foya. Haha. Memandangkan flight kami ke Frankfurt, Germany yang berharga hanya 2p (= RM 0.12) tu akan berlepas dari London Stansted Airport, aku decide bawak kawan2 aku ni jalan2 London dulu. Kesian diorang. Haha. Tapi nasib baik la penah jalan2 London sebelum ni, so takde la dungu sangat naik tube dan kesesatan. =P Kan senang kalau ade flight murah RyanAir dari Manchester, tapi disebabkan airport Manchester tak nak negotiate pasal airport tax, pakcik Ryan dan cancelkan 9 servis flight diorang, yang ada hanya 1, ke Dublin yang akan aku naik 15 December ni.

Dan memandangkan kawan aku aku kat London, Lorinda a.k.a Linda sakit perut yang berlarutan, dia guide aku jalan2 pakai sms. Haha. Layan. Takde la susah sangat pun, asalkan tak buta warna, insyaAllah akan naik tube ikut color yang betul. Haha. Naik bas 5 jam suku dari Manchester, sampai sekitar pukul 1.20 petang. Dan malam sangat awal sekarang, pukul 4 dah maghrib. Kami jalan2 kejap je sebab bas ke Stansted Airport pukul 10 malam.

Sempat la ke Buckingham Palace, London Eye, Big Ben, Parliament, Westminster Abbey dan Tower Bridge. Semua tempat2 free je sebab nak enjoy duit kat Frankfurt nanti. Haha. So usha gambar2 cukup la kan. =)



Lepas penat jalan2 dan lapar super (bekal sandwich dan bihun cg yana dah hampir habis), kami ke Whitechapel jumpe Linda & Faiq, layan Nandos. Wheeee~ =) Lama sangat tak jumpe borak2 dengan Faiq & Linda. THANKS for d wonderful time! Lepas makan2, tapau burger pulak buat bekal kat Stansted Airport. 10 malam naik bas, sampai airport 11.30, dan bermalam kesejukan kat airport sementara menunggu flight ke Frankfurt 7 pagi besok...




Monday, 16 November 2009

Simon's Cat

Hummm. ALHAMDULILLAH =) Syukur. I'm so RELIEVED! Lega sangat2. Walaupun mungkin tak mengubah apa2, sekurang-kurangnya I know who are with me. Many of them that I never know before. So tak setuju biarlah, dah pasti mereka adalah dalam golongan tu, golongan2 yg tak senang tengok aku senang. Sedari awal aku tahu, jumlah mereka yg tak setuju dengan aku ni tak berubah pun, mereka tetap dengan pendirian dan ideologi mereka, hak masing2. Apa yang buat aku gembira dan bersyukur adalah bila aku dapati ramai dan makin bertambah orang2 yg support aku, even ada yg aku tak kenal dan tak rapat pun tetap memberi sokongan kat aku. Terharu. Alhamdulillah, tindakan aku telah membuka satu lagi sisi positif dalam hidup aku.

GOOD FRIEND STAYS. Dan malam ni, lepas aku bangun tdo sekejap lepas solat Maghrib, aku dapat 1 private message facebook dari one of my bestfriends. 1525 words! Tanpa aku sedar, pipi basah with little tears masa baca mesej. First time. I'm so touched with the very supportive contents. Sharing his past experience is a kind of motivating to me. And icecreams always make me remember him. Hehe. I do appreciate ALL the supports! Love u all. How lucky I am having a GREAT family, GREAT BESTFRIENDS and GREAT teacher! Alhamdulillah.

Sebagai hiburan dan santai lepas kontroversi, jom layan Simon's Cat videos ni =)







THANKS to cyid for introducing this cat to me! Hope you all enjoy it too! Simon's Cat has 25 million fans on Youtube!

I already bought Simon's Cat Caricature book, it was soooo cute, funny, and entertaining! If you guys love it, find and buy it for ur personal collection =)


Sebelum ni nak jadi garfield, skrg rasa nak jadi mcm Simon's cat. Lg nakal!



*Cakap2 negatif orang takkan pernah membantu kita mengorak langkah, walaupun sederap ke hadapan...

"work hard, PLAY HARDER... eat well, and enjoy life" - quote from my bestfriend =PpP"

Sunday, 15 November 2009

Sumpah Aku!

Sorang demi sorang kawan aku makin hilang. Aku dah tak peduli berapa banyak jemaah pun yang ada kat Manchester ni... MSM ke, Hizbi ke, ISMA ke, ape2 je la yang berkaitan dengan bakal2 penghuni syurga ni. Aku dah hilang sabar. Sekali aku mampu lagi. Ni dah masuk kali ketiga.

Kes 1, ade senior yang rapat sangat masa awal2 dulu. Baiknya bukan main. Sangat prihatin, ala2 sangat penyayang pun ada. Dan pada masa tu, aku yang suka hidup sendiri dan mula terbiasa hidup dalam kelompok yang ramai. Macam2 cara diapproach untuk aku join jemaah diorang. Bila aku refuse, aku kembali ditinggalkan 100%. Kembali menyesuaikan diri untuk hidup sendiri2. Dan sampai sekarang senior tu dah tak pernah cakap dengan aku pun. wtfish. Dan aku sendiri dah takkan mudah percaya dengan mereka-mereka lagi.

Kes 2, sorang kawan aku yang aku sayang sangat. Aku rasa rapat sangat last year. Dan kami selalu share cerita2, masalah2. Kadang2 keluar shopping sama2, pergi kelas sama2. Tapi ada yang memandang apa yang kami lakukan tu salah. Dan selepas kawan aku join jemaah tu, aku yakin yang itu takkan mengubah2 apa2 dalam persahabatan kami. Tapi, bila masuk second year, semuanya mula berubah. Dah beberapa kali aku ajak keluar makan, ada je alasan. Keluar makan je pun. Alasan demi alasan. Dan aku dah tawar hati pun nak ajak lagi. Mungkin tu yang terbaik utk diri dia. Bukan untuk berburuk sangka, aku agak yakin dengan alasan2 yang diberikan sebab aku yakin yang kawan aku tu tak tipu aku. Tapi aku pernah cakap, bila2 free nanti sound la, bleh keluar. Dah lebih 2 bulan kat sini dan nampaknya mmg dia tak pernah free kot. Apapun yang jadi, aku akan tetap sayang dia sebagai kawan aku dan insyaAllah aku akan selalu ada kalau dia ada malasah. Aku tak tau andai alasan2 itu didalangi oleh sesuatu, sesuatu yang buat aku terfikir jauh...seperti kes 3.

Kes 3, sorang kawan aku yang juga ditegur sebab selalu bersama aku ke kelas. Dan setakat sekarang, dia masih belum menjauh. Aku tak tau sampai bila dia akan bertahan.
"Rapat ke dengan chaq?" 
"Biase2 je, dah duduk dekat, sama lectures. Takkan nak jalan arah2 lain pulak."
"Kurang-kurangkanlah. Elakkan."

WHAT THE Fish. Ni betul2 dah campur tangan dalan hidup aku. Aku tak pernah kacau apa yang KORANG buat, kenapa korang nak kacau hidup aku. Itu pantang aku. Dan aku memang seorang pendendam, aku akui.

"Kurang-kurangkanlah, elakkan". YA ALLAH. Apa la salah aku sampai kawan2 aku disarankan supaya menjauhi aku. Bila keluar sama, kami tau apa yang kami patut kawal. Takde la pegang2, raba2, tenung2 mata. Dan sekarang, aku rasa aku mula faham kenapa kawan2 perempuan seakan mula menjauhi, walaupun tidak secara langsung.

Aku tak kisah boys2 Manchester tak rapat dengan aku sebab diorang hidup dalam jemaah diorang sendiri. Dan aku dengan hidup aku sendiri. Tapi aku sangat kisah bila diorang2 mahupun kakak2 senior menjauhkan aku dengan kawan2 aku.

Aku yakin apa yang aku buat tak salah. Tapi aku bukan alim dalam agama. Mungkin aku salah.

DAN DENGAN INI...
Andai apa yang aku telah lakukan dengan kawan2 aku tak salah dari sisi agama ISLAM,
andai tak salah dari pandangan ALLAH,

AKU BERSUMPAH

Mereka-mereka yang menjauhkan dan merenggangkan ukhwah persahabatan aku dengan kawan2 aku,
lelaki mahupun perempuan,
akan terima balasan di hari pengadilan mahupun secara cash di dunia.

.:ITU SUMPAH AKU:.

Andai aku benar,
Itu sumpah atas persahabatan yang menipis,
Atas kesunyian yang melanda,
Atas segala buruk sangka,
dan atas penganiayaan yang aku rasa.



Aku sendiri tak faham. Mungkin sebab aku MELAYU-ISLAM. Pemerhatian aku, bila dalam bas, kalau ada 2 seat kosong, satu sebelah lelaki melayu, satu sebelah lelaki matsalleh. Minah melayu yang bertudung litup dan berbaju paras lutut akan memilih duduk di sisi lelaki matsalleh. Alasan, mengelakkan fitnah. WTFish.

Pengalaman sendiri, aku dengan sorg alimah Melayu Manchester dinner dengan kawan2 lama aku.
Aku tanya, "Muka kawan aku tu chinese look tak?"
"Aku tak tengok pun... jaga mata (nada perlahan)"
Tapi, bila tengok jantan2 korea, jepun, mat salleh "Oohhh,,, comelnya/ kacaknya!"
WTFish.

Bukan alimah2 je, alim2 pun sama jugak. Nak naik stopford building, tingkat 3 atas sekali, sanggup naik tangga bila dekat muka lif tu ada sorang minah Melayu.

Macam tu jugak la bila berjalan dengan coursemates. Alim2 ni tak jalan dengan minah2 Melayu. Tapi boleh pulak berjalan dengan minah2 matsalleh yang terdedah terbukak sana sini.
Benda yang sama berlaku kat alimah2 di sini. Jalan dengan lelaki Melayu sama course tak boleh, tapi jalan dengan mat-mat salleh, boleh?

Awal2 tanggapan aku, Manchester yang penuh dengan komuniti Melayu akan meriah. Jalan bertegur sapa, paling tidak pun senyum. Sangkaan tu semua meleset. Senyum pun tidak. Boys tak senyum kat girls, girls tak senyum kat boys. Aku fikir, takdenya aku nak ghairah terangsang pun kalau nampak sorang girl senyum masa tengah berjalan. Sama2 Melayu. Sama2 Islam.

Semua ni pemerhatian dan pengalaman aku. Kesimpulan yang aku dapat, kami ni MELAYU dan ISLAM. itu bentengnya. Seakan2, bila zaman bekerja nanti, kita akan bekerja dalam kelompok 'lelaki sahaja', atau 'wanita sahaja'. Bila terdedah dengan percampuran lelaki dan wanita ini nanti, mula la itu salah, ini salah. Seperti yang berlaku hari ni.

 Mungkin ramai yang bertentangan pendapat dengan aku. Secara peribadi, aku tak setuju dengan statement klise "cari la jodoh kat oversea, muslimin/muslimat sini baik2". Apa yang aku nampak, ada di antara mereka2 ini hanya dilabel sebagai lelaki baik atau perempuan baik semata-mata mereka berlindung di bawah satu jemaah ISLAM yang secara umumnya memang public akan label 'BAIK'. Tapi label tu kadang2 tak sealiran pun dengan pegangan mereka, mungkin. Wujud di antaranya plastik2 dan manusia2 hipokrit.

Aku tak pernah anti jemaah2 ni, tapi aku sebenarnya sangat terkilan atas tindakan mereka.

Allah Maha Adil, tunjukkanlah jika aku benar satu masa nanti.

*Ketahuilah apa yang diri kita lakukan. Tidak sekadar mengikut tindakan dan ideologi org lain tanpa difahami.

Wednesday, 28 October 2009

Cerah



Langit sangat cerah hari ni. Membiru. Awan putih menari seiringan dengan nada muzik bayu yang berhembus. Daun-daun merah luruh berguguran menyambut dan menyapa tiap derap langkahku dengan salam.

"Semangat dan seruku kembali. Ini yang aku cari."

Dan langit terus menjadi saksi kepada tiap episod yang terpatri di buku hati.

Monday, 26 October 2009

Rindu Arwah Ngah...

Malam ni... aku dibalut dengan rasa kerinduan yang teramat. Rindu yang takkan tiada pertemuan lagi.
....
... ... ....
... ...

Walapun dah lebih setahun arwah Ngah meninggal, kadang2 aku selalu rindu dia.

Dalam hayat arwah, aku selalu rasa yang Ngah sangat sayang aku. Ngah terlalu baik dengan aku, selalu layan aku tiap kali aku balik kampung. Ngah selalu masak sedap2. Ngah rajin mengemas rumah kami kat kampung. RINDU... Ya Allah... sakitnya rasa ni, bila rasa menginginkan satu pertemuan yang takkan terjadi dalam realiti.

Imbas kembali, arwah Ngah meninggal masa aku kat kmb. Ramadhan. September. Mak ada call cakap ngah sakit teruk. Dah sampai baca yasin. Ngah memang ada masalah jantung. Aku cakap kat mak, aku nak balik... Masa aku memang kat kmb tengok busy sangat siapkan Maths portfolio. Mak ayah cakap tak payah balik la...

Aku ralat sangat. Kat bilik, jiwa aku gila memberontak nak balik.

Rasanya sebelum subuh, sekitar pkul 3 pagi, hp aku bunyi. Arwah ngah dah takde...
Innalillah... Dan lepas letak fon tu jugak, aku terus nangis atas katil. Selamat roomate aku nyenyak tdo. Nangis sampai tertdo. Dan aku termimpi arwah ngah pimpin tangan aku bawak jalan2...

Ya Allah.

Dan besoknya, aku memang hilang fokus terus utk buat portfolio maths. Semua aku tiru kawan aku. Cepat siap. Lepas tu, aku sorang2 bawak diri gi lepak kat pavilion, tengok padang yg hijau meluas. Dan kat situ, kering air mata aku kot. Ralat sangat sebab aku tak balik tengok jenazah Ngah, walaupun aku yakin aku ada kesempatan tu. Dan sampai sekarang aku tak nampak apa hikmahnya aku tak balik tu.

Aku ingat lagi, sebelum masuk Ramadhan aku call rumah tok. Ngah angkat. Sempat borak2, ucap selamat berpuasa. Masa tu suara Ngah sihat lagi. Tapi tak pernah aku sangka tu kali terakhir aku cakap dengan Ngah...

Dan bila malam raya, aku akan rindu dan doakan arwah Ngah. Aku yakin arwah turut ada bersama tengok kami sekeluarga.

Dan aku rasa terkilan... semenjak krisis sebab perkahwinan kak aku dulu, famili aku dah tak rapat sangat dengan famili kat kampung. Tambah lagi, bila balik kampung kami dah ada rumah sendiri sebelah rumah tok. Semakin merenggangkan. Kadang2, aku rindu sangat nak tidur kat rumah tok, macam dulu2...

Aku teringin sangat... teringin sangat nak bercerita kat Ngah aku tentang kehidupan aku kat oversea ni. Mesti banyak cerita. Dan aku nak tunjuk gambar2 aku travel kat Ngah, cerita2...

How I which I could share this with people...berkongsi dan menangis dengan orang yang faham macam mana aku rasa, betapa aku menyayangi arwah Ngah aku. Tapi aku tak reti nangis depan orang. Dan akhirnya tetap sendiri.


Gambar berdekad lamanya, arwah Ngah berbaju hijau.

Sesiapa yang membaca, aku mohon korang sama2 sedekahkan al-Fatihah dan doakan kesejahteraan arwah Ngah aku di sana...
... ....
.

Monday, 19 October 2009

Salford Quays

Sabtu lepas (17/10/09), aku lepak2 kat Salford Quays dengan Ili, Yas, Wahida & Fatin. Plan asalnya aku nak siapkan lab assignments, tapi memandangkan banyak sgt halangan (seperti yg diagak bila nak jadi rajin ade je masalah), antaranya printer rosak. Dalam pukul 10+ pagi dapat mesej Ili ajak lepak Salford Quays, pada awalnya aku tolak. Lepas memikirkan 'sabtu enjoy la! ahad buat keja' dan kesian takut diorang sesat nanti, aku pun jadi join. Haha. Tak sia2 pilihan aku sebab ternyata, lab assignments tu siap dlm 3 jam je hari ahad tu, alhamdulillah Allah bagi petunjuk dan kemudahan. Jalan2 ni dapat happy2, tenang dan release tension skit! Hehe. Lagi pulak, kat Salford Quays tu dah rasa macam keluar manchester dah sebab pemandangan dan persekitaran yang berbeza sekali dengan sesak bandar area universiti.


Berenti kat Old Trafford, jalan kaki sekitar 15 minit sampai la. Ni rasanya dah lebih 5 kali aku ke sana, dan Ili kali ke 3. Yang lain2 tak pernah datang. So ape lagi, photoshoot la! =P Dan buat pertama kali jugak aku masuk Imperial War Museum kat situ. Not bad! Seriously. Best jugak la. Untuk aku yang tak suka pi museum rasa tak sia2 la masuk. Kira ok la tu kan? Dah la free admission. Haha.


Ni keje diorang request aku pakai!




Dan untuk pertama kali jugak aku menyaksikan sendiri depan mata Salford Quays lift bridge (Salford Quays Milennium Footbridge) naik dan turun bagi laluan kat kapal lalu. Kami yang kelaparan tertunggu2 jambatan tu naik dengan lembap sekali. Tapi sempat lagi melambai2 kat pelancong2 atas kapal tu, dan lambaian berbalas! Sporting! Tapi best la tengok real depan mata. Sebelum ni ada tengok kat youtube ja. Lepas tu lantan Spicy Combo Box kat Chicken Cottage. Plan asal nak tengok wayang tapi tak jadi, jalan2 teman diorang shopping je. Masa balik pulak, cuak gile sebab tetiba banyak askar2 mengelilingi The Lowry tu. Rupa2nya macam ada perkhemahan tentera kat situ. On the way balik tu, tetiba ada letupan kuat gila, berapi2 berasap2 sampai ke langit! Macam bom ah. Lepas tu ada tembakan2 laser hijau2. Wargh... diorang buat demo. Ni pun first time gak ah. Hari ni dapat 3 new experiences. Good day!

Tapi masa nak balik, punya la lama tunggu bas! Bas asyik penuh sebab ada match kat Old Trafford. Masa pergi tu semua orang menuju ke stadium, kami je yang bertentang jalan. Haha. Dekat sejam stengah kot tunggu bas dalam kesejukan. Anyway aku enjoy gila layan Yas n the geng nyanyi2. Haha. Sampai rumah memang penat, rasa terus nak tdo. Tapi alhamdulilah housemate ada masakkan nasi minyak dengan ayam dal, petangdah makan chicken cottage, pagi pulak dah masak nasi lemak dengan sambal kupang. Gemok la! =P Sekali-sekala.




Sunday, 18 October 2009

Bangun

Alhamdulillah.

Syukur. I'm feeling better now. Aku tak nafikan yang kebelakangan ni aku dalam mode sedih. Aku rindu famili aku sangat2 walaupun tiap hari skype. Aku rindu minah sangat2, rindu nak jerit2 & gadoh2 dgn dia. Aku sedih psl kawan2 aku jugak. Aku bimbang pasal studi aku jugak. Dan jugak bimbang pasal masalah tdo aku. Petang tadi aku dah berjaya siapkan assigments untuk labs. Alhamdulillah Allah bagi petunjuk untuk aku siapkan kerja tu tanpa ambil masa yang terlalu lama. Dan lepas ke'busy'an buat keja2 tu, aku rasa sedih balik.

By that time, I need someone to talk to. Aku call dan mesej kawan aku, tapi tak berjawab. Diorang sibuk kot, yang reply mesej lambat xpe la. At least diorg reply. Aku try YM kawan2 yg biasa aku bercerita, xberbalas. Semua orang busy siapkan keja skrg ni, besok kat isnin. So aku baring2 atas katil melayan lagu2 dalam playlist blog aku ni.

Then sorang kawan aku call skype. Tp awal2 tak psg video. Aku tegur punya tegur, aku dengar muzik Romance- autumn in my heart. Aku kenal sgt lagu tu sebab tu instrumental favourite aku dalam hp! Rupa2 kawan aku mainkan gitar, lepas tu bru dia on video. Lepas tu main lagu fur elise, dan lastly main dan nyanyi lagu angels. Seriously aku terharu sgt2. Tak penah ada org buat macam tu kot kat aku. Tanpa aku bercerita dan bagitau yang aku tengah sedih, dia skype mainkan gitar dan borak2 dengan aku. Dia bercerita tentang masalah dia, dan tentang masa depan dia. Dan aku bagi nasihat dan sokongan berdasarkan pengalaman aku. Dan secara tak langsung, aku rasa aku termotivasi. Aku penuh percaya yang kawan aku mampu lepas foundation dan fly nanti (doa2kanlah), dan aku sendiri perlu percaya yang aku mampu keluar dari kepompong kesedihan aku dan memikirkan strategi tentang hidup aku. Yes.

Dan aku yakin, apabila Allah turunkan ujian pada aku, Allah juga akan menunjukkan penyelesaiannya, sama ada lambat atau cepat. Tidak semestinya satu penyelesaian yang jelas, mungkin Allah menggerakkan hati kawan kita untuk berborak dan membuat kita rasa lebih baik, lebih tenang. Siapa tahu, kuasa Allah. Mungkin semuanya kita anggap satu kebetulan, tapi kadang2 kebetulan itu lebih tersusun perancangan-Nya untuk kita.

Aku dah terbiasa memiliki kawan2 di sekeliling untuk aku bercakap, bergembira. Dan aku perlu bersiap sedia supaya aku tak terasa satu kehilangan. Kehilangan bila mana tiap dari kami akan busy dengan urusan masing2. Selagi ada kepercayaan dan kejujuran dalam persahabatan, insyaAllah hubungan itu akan kekal sampai bila2.

Aku selalu cakap kat kawan aku, "hg jgn hampakan harapan ramai org, termasuk aku! Besaq harapan mak ayah hg. Jadi anak first yg fly n grad kat oversea nanti!"

dan hari ni ayat tu dia tambah:

"aku nak jadi anak dan cucu pertama!"

Ayat yang sama applicable untuk diri aku sendiri. Apa juga masalah aku kat sini, aku tahu yang aku takkan sesekali hampakan mereka. InsyaAllah. Allah lebih mengetahui segalanya.